Laman

Thursday, June 30, 2011

Adab memasuki bangunan/rumah baru

Para ulama berpandangan bahawa adalah
baik bagi kita melaungkan adzan
ketika pertama kali memasuki rumah baru .

Ia juga baik bagi
rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu
bahwa sekiranya sebuah rumah itu terlalu lama
dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis
makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-'Ammar) yang suka
tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

Dalam hadis yang
lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika adzan dilaungkan, syaitan akan
melarikan diri......"

MEMBACA SURAH AL-BAQARAH :
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Jangan la kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya
untuk tidur), sesungguhnya
syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-
Baqarah".

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah saw juga menggalakkan agar:
Memperbanyak solat dan membaca Al-Quran di dalam
rumah. Baginda bersabda yang
bermaksud "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyak solat
dan membaca Al-Quran" (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Sedapat mungkin, digalakkan juga agar dilaungkan adzan
pada setiap waktu solat dan bersolat jemaah.

No comments:

Post a Comment